pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pakatan Harapan: Tun Mahathir Tidak Perlu Cium Kaki Pemimpin PAS
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR:  Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) tidak perlu mencium kaki pimpinan PAS tetapi cukuplah saling menghormati pendirian politi...

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) tidak perlu mencium kaki pimpinan PAS tetapi cukuplah saling menghormati pendirian politik masing-masing jika mahu bekerjasama. 

Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menerusi laman facebook, hari ini.

Menurutnya, antara punca kegagalan PR dahulu ialah apabila DAP dan PKR tidak belajar menghormati pendirian politik masing-masing. 

"Itu adalah syarat penting dalam bekerjasama iaitu membina suasana yang harmoni. Tapi yang ketara Tun M selalu menyerang PAS sama seperti DAP," ujarnya. 

Beliau menambah, PAS telah menjelaskan pendirian politik dalam bekerjasama iaitu tidak bekerjasama dengan DAP dan PAN. 

"Tun M perlu hormati pendirian itu," tegas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu lagi. 

Katanya, jika tidak bersetuju maka PBBM boleh meneruskan langkah politik mereka bersama PH dan PAS tidak menghalang. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top