[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



PAS "Tidak Akan Sertai" Pakatan Harapan Selagi Ada DAP, Amanah


KOTA BHARU: PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.  

Mohd Amar, yang senada dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan, berkata parti itu tidak memerlukan masa sebulan untuk menyertai pakatan itu sebagaimana yang disyaratkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu. 

"Kami sudah membuat keputusan tidak akan bersama-sama (parti pembangkang lain) dengan Pakatan Harapan dan ini bukan macam teka silangkata yang mempunyai tempoh tertentu," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]