pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pasang Pagar Keselamatan Bekas Lombong, Elak Tragedi Berulang !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Kawasan bekas perlombongan bauksit perlu dipasang pagar keselamatan dan tanda amar...

SHAH ALAM: Kawasan bekas perlombongan bauksit perlu dipasang pagar keselamatan dan tanda amaran dalam usaha menangani insiden kanak-kanak lemas.
Anggota Majlis Keselamatan Aktiviti Air, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bekas lombong berdekatan kawasan penempatan penduduk perangkap maut kanak-kanak.
Katanya, beberapa langkah keselamatan dan pencegahan harus diambil bagi menghindari kanak-kanak daripada terus bermain berdekatan kawasan lombong.

“Langkah pencegahan seperti pemasangan pagar dan memaparkan tanda amaran perlu diambil jika operator mengambil keputusan menjalankan semula aktiviti perlombongan selepas tamat tempoh moratorium.
“Oleh kerana kebanyakan kolam ini terletak atas tanah persendirian, saya harap mereka akan membenarkan pihak berkuasa menimbus semula perangkap maut berkenaan.
“Ibu bapa dan masyarakat setempat perlu berperanan dalam mengelak kejadian seperti ini berulang, selain memantau anak mereka sepanjang waktu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau mengulas tragedi lemas membabitkan tiga kanak-kanak di sebuah bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya, Kuantan, 4 Februari lalu, sekali gus menunjukkan kelemahan aspek keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang di negara ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top