pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelajar Dakwa "Di Serang" Guru, Gara-Gara Bungkusan Nasi Lemak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
ALOR SETAR:  Seorang pelajar Tingkatan Lima mendakwa dimalukan gurunya kerana tidak membuang bungkusan nasi lemak ke tong sampah di se...

ALOR SETAR: Seorang pelajar Tingkatan Lima mendakwa dimalukan gurunya kerana tidak membuang bungkusan nasi lemak ke tong sampah di sekolahnya di Kuala Nerang, dekat sini.

Foto: Pelajar terlibat menunjukkan bagaimana dia diarah mengutip bungkusan nasi lemak menggunakan mulut di kediamannya sambil disaksikan kedua ibu bapanya.
Pelajar berusia 17 tahun itu mendakwa dia ditendang pada dada dan kaki kanan selepas dilihat menyelit kertas bungkusan makanan itu di celah tingkap ketika melintasi sebuah kelas pada kira-kira 9.30 pagi, Isnin.

"Guru di kelas berkenaan melihat apa yang dilakukannya dan mengarahkan saya mengambil semula bungkusan itu dengan mulutnya.

"Saya buat seperti disuruh tetapi bungkusan itu terjatuh ke lantai, jadi saya ambil menggunakan tangan.

"Ketika itu, guru berkenaan naik berang walaupun saya meminta maaf selepas dia mendakwa saya tidak mengikut arahannya," katanya ketika ditemui di kediamannya, Selasa.

Remaja itu berkata, guru kelasnya dimaklumkan mengenai kejadian itu sebelum salah seorang rakan sekelahnya menghantarnya pulang ke rumah di Kampung Lubuk Perong kerana kesakitan akibat dipukul guru berkenaan.

Bapa pelajar berkenaan yang berusia 45 tahun telah membawa anaknya untuk membuat laporan polis pada hari sama.

Beliau mengakui masih boleh terima jika anaknya dirotan, bukannya diserang sedemikian oleh seorang guru.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superitendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, sambil menambah keterangan pelajar dan guru berkenaan sudah diambil bagi membantu siasatan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Wednesday, February 22, 2017 10:43:00 PM

budak budak ......cuba ko buat kat rumah sendiri mungkin bukan je kena sepak terang bapak ko mesti siap sembelih anak

 
Top