pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelajar Perempuan Tingkatan Satu 'Cedera', Dalam Satu Pergaduhan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Salah seorang daripada beberapa orang pelajar perempuan yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Ban...

PETALING JAYA: Salah seorang daripada beberapa orang pelajar perempuan yang terlibat dalam pergaduhan di sebuah sekolah menengah di Bandar Sri Damansara mengalami kecederaan di bahagian kepala ketika kejadian pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, laporan dibuat selepas pengadu menerima panggilan daripada pihak sekolah mengenai pergaduhan tersebut.




"Anak perempuan pengadu mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Dia dikenakan empat jahitan di kepalanya," katanya.

ACP Mohd Zani berkata polis telah mengambil keterangan daripada saksi dan memberitahu pergaduhan berpunca daripada salah faham antara seorang pelajar Tingkatan Satu dan dua pelajar Tingkatan Tiga.




"Salah seorang daripada mereka (pelajar Tingkatan Tiga) telah menarik tudung mangsa sehingga terjatuh manakala seorang lagi telah bertindak ke atas kepala pelajar itu," jelasnnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top