pahangdaily pahangdaily Author
Title: Pelajar UiTM Maut Kemalangan Dekat Kampung Semangat, Jalan Kuantan - Pekan !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Perjalanan pulang ke rumah bertukar tragedi buat tiga beradik apabila seorang daripadanya maut selepas kereta Proton Saga dina...

KUANTAN: Perjalanan pulang ke rumah bertukar tragedi buat tiga beradik apabila seorang daripadanya maut selepas kereta Proton Saga dinaiki, kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, dekat Kampung Semangat, di sini kelmarin.

Ketika kejadian pada jam 10 malam itu, Siti Nur Hidayah Mahadzir, 20, dari Taman Seri Inderapura, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kakak mangsa, Siti Radhiah, 23, cedera di badan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, manakala adiknya, Muhammad Kamaruddin, 17, retak tulang kaki kiri.


Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang Superintendan, Mohd Noor Yusuf Ali berkata,  siasatan awal mendapati, kereta dipandu kakak mangsa menghala ke bandar ini dari Pekan dipercayai hilang kawalan dan melanggar pengadang jalan, lalu terbalik.

“Mangsa (Siti Nur Hidayah) masih menuntut di UiTM Segamat, Johor manakala Siti Radhiah menuntut di Uniten di Muadzam Shah, Rompin dan Muhamad Kamaruddin merupakan pelajar Sekolah Menengah Vokasional, di sini.

“Sampel darah dan air kencing pemandu dan penumpang hadapan akan diambil untuk ujian toksikologi di Jabatan Kimia,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top