pahangdaily pahangdaily Author
Title: Artis "Hollywood", Lindsay Lohan Terkejut Di Suruh Tanggal Tudung
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan mendakwa beliau pernah diarahkan menanggalkan tudung ketika di Lapangan Terbang Heathrow, baru-baru i...

Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan mendakwa beliau pernah diarahkan menanggalkan tudung ketika di Lapangan Terbang Heathrow, baru-baru ini.
Menerusi temubual di ‘ITV’s Good Morning Britain’, Lohan, 30, berkata beliau diminta berbuat demikian oleh pegawai keselamatan selepas pulang daripada Turki.
“Ketika itu, saya memakai tudung dan ditahan di lapangan terbang dan ‘diprofil secara perkauman’ buat pertama kali dalam hidup saya.
“Dia membuka pasport saya dan membaca Lindsay Lohan dan segera meminta maaf namun masih menggesa saya menanggalkan tudung,” katanya dipetik temubual berkenaan.
Walaupun dibebaskan, Lohan tetap meluahkan kebimbangannya sekiranya ‘campur tangan’ itu membuatkan mereka yang mengenakan tudung berasa tidak selesa.
“Ia memang sesuatu yang mengejutkan saya. Saya lahir dan dibesarkan di New York, jadi saya sedikit gentar,” katanya.
Bintang ‘Mean Girls’ itu dipercayai pulang daripada Turki selepas memenuhi jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan dan isteri.
Sebelum ini, perubahan Lohan mendalami Islam menarik perhatian netizen dan peminat terutama, selepas beliau memegang Al-Quran dan meletak kapsyen ‘Alaikum salam’ di laman Instagramnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top