pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penduduk Felda Bukit Goh Resah, "Kolam Bauksit" Hanya 50 Meter Dari Rumah
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Terdapat sebuah kolam bekas bauksit yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk ke...

KUANTAN: Terdapat sebuah kolam bekas bauksit yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk kerana hanya jarak kira-kira 50 meter dari rumah penduduk di Felda Bukit Goh.

Kolam tersebut terbentuk akibat kerja mengorek bauksit dan ditinggalkan tanpa ditambun kembali selepas  aktiviti itu dihentikan sejak tahun lepas.

Pengerusi JKKK Felda Bukit Goh, Mat Zahari Deraman berkata, walaupun tidak mempunyai takungan air yang banyak namun ketinggian tebing kolam hampir lima meter itu mengundang risiko bahaya.

Menurutnya, kedalaman kolam boleh meragut nyawa terutama kanak-kanak sekiranya terjatuh kerana terlalu hampir dengan rumah penduduk.

"Waktu musim hujan mesti lagi banyak air bertakung berbanding sekarang kerana hujan jarang.

"Melihat pada ketinggian tebing kolam, sudah pasti membahayakan nyawa jika ada yang terjatuh. Sepatutnya pengusaha bauksit menambun semula tanah yang dikorek dan jangan tinggalkan kolam sebegini,"katanya.

Mat Zahari berkata, kawasan berkenaan dahulunya adalah ladang kelapa sawit milik peneroka sebelum aktiviti mengorek bauksit dilakukan.

Menurutnya, ladang tersebut masih hak milik peneroka kerana persetujuan dengan pengusaha bauksit hanya melibatkan pengeluaran bahan mineral itu.

"Diharap agar bekas pengusaha bauksit menambun semula kolam-kolam yang terbentuk akibat kerja mengorek bauksit dulu demi keselamatan penduduk,"katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top