pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penyelidik: "Hubungan" Malaysia-Korea Utara Kini Semakin Tegang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Hubungan Malaysia-Korea Utara hari ini dilihat semakin tegang susulan kenyataan keras dutanya semalam yang membidas piha...
PETALING JAYA: Hubungan Malaysia-Korea Utara hari ini dilihat semakin tegang susulan kenyataan keras dutanya semalam yang membidas pihak berkuasa negara ini membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan Kim Jong Nam serta tidak mempercayai siasatan polis Malaysia, kata penyelidik.
Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sufiyan Jusoh (foto) melihat perkara itu boleh dipulihkan dan bukan pengakhiran kepada hubungan kedua-dua negara.
“Saya tak nampak ia akan menjadi isu besar tapi saya harap apabila perkara ini sudah kendur, kedua-dua negara khususnya Korea Utara cuba memulihkan hubungan dengan Malaysia.
“Ini kerana, jika Korea Utara tidak memulihkannya, ia akan kehilangan Malaysia sebagai rakan apatah lagi Korea Utara tidak mempunyai banyak rakan selain China, Malaysia dan beberapa negara lain.
Saya rasa Korea Utara akan lebih rugi berbanding Malaysia. Kita mempunyai lebih ramai rakan. Misi diplomatik Malaysia di dunia lebih daripada 100 negara,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Duta Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol yang turut melahirkan kekesalan kerana pihaknya tidak dimaklumkan mengenai siasatan polis terhadap rakyatnya.
Sebelum itu, Wisma Putra bertindak memanggil Kang ekoran kenyataannya yang mendakwa Putrajaya “menyembunyikan sesuatu” serta “berpakat dan bersekongkol dengan pihak luar”.
Mengulas lanjut, Sufiyan berkata Korea Utara perlu faham negara ini mempunyai undang-undang sendiri dan menghormati sistemnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top