Tun Mahathir Beri Masa Sebulan, "PAS Buat Keputusan" Sertai PH !

ALOR SETAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memberi tempoh sebulan dari hari ini kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai Pakatan Harapan ataupun tidak, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan PAS susulan pertemuan kedua-dua parti pada 1 Februari lepas, keputusan segera harus diperoleh bagi menentukan strategi seterusnya.
“Kalau PAS tak nak masuk (pakatan harapan) pun, terpulanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri wacana PPBM-DAP di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyatakan kekesalan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang enggan bertemu dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berbincang mengenai perkara itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]