pahangdaily pahangdaily Author
Title: Polis 'Bebaskan' Pemandu Wanita Yang Langgar Remaja Berbasikal !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut 8 nyawa di Jalan Lingkaran Dalam, semalam, dibeb...
JOHOR BAHRU: Pemandu wanita yang terlibat dalam kemalangan berbasikal sehingga meragut 8 nyawa di Jalan Lingkaran Dalam, semalam, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, wanita berumur 22 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya berhubung kemalangan terbabit selesai direkodkan.
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan itu sebelum diserahkan kepada timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.
Wan Ahmad Najmuddin berkata, pihaknya dalam masa sama tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap ibu bapa yang membiarkan anak mereka berkeliaran pada lewat malam.
“Ya, tindakan drastik perlu diambil. Sebelum ini, kita (polis) sudah banyak kali mengambil tindakan diplomatik, kita bantu hantar anak mereka pulang ke rumah, kita beri nasihat, sudah bermacam kita buat tetapi akhirnya polis juga yang dipersalahkan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat Parlimen Pulai, hari ini.
Menurut Wan Ahmad Najmuddin, pihaknya percaya kemalangan seperti yang berlaku awal pagi semalam dapat dielakkan sekiranya ibu bapa memantau pergerakan anak mereka.
Dalam kejadian 3 pagi itu, 8 remaja maut manakala 8 lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almera di jalan terbabit.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, ketika itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita itu.
Katanya, pemandu tersebut yang datang dari arah Taman Pelangi dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top