KPN: Polis Kenal Pasti Lelaki Korea Utara "Mati Di KLIA2" Sebagai Kim Chol


KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti lelaki Korea Utara yang cuba mendapatkan bantuan perubatan awal di kaunter khidmat pelanggan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) semalam sebagai Kim Chol.

Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, identiti lelaki berusia 46 tahun itu yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dikenal pasti berdasarkan dokumen perjalanannya.

Beliau berkata, pasport Kim Chol bernombor 836410070 dan dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970.  


"Siasatan sedang dijalankan dan permohonan bedah siasat sudah dibuat bagi memastikan punca kematian," katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]