pahangdaily pahangdaily Author
Title: Presiden Mapim Pelik, Bangladesh Tak benar Nautical Aliya Berlabuh
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
TELUK BENGAL:  Tindakan Bangladesh tidak membenarkan kapal Nautical Aliya berlabuh di Pelabuhan ...

TELUK BENGAL: Tindakan Bangladesh tidak membenarkan kapal Nautical Aliya berlabuh di Pelabuhan Chittagong disifatkan sebagai keputusan yang aneh dan di luar kewajaran.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid (foto) berkata, atas hubungannya dengan Malaysia, negara itu dilihat paling wajar untuk menerima kehadiran Misi Kemanusiaan Food Flotilla for (Arakan) Myanmar.

Malah menurutnya, sebagai negara anggota Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC), Bangladesh dianggap dan seharusnya lebih mesra untuk membantu etnik tertindas berbanding Myanmar.

"Tidak wajar Bangladesh melakukan sesuatu yang tidak konduksif seperti ini. Malah, sukarelawan tidak dibenarkan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya.

"Kita maklum bahawa Bangladesh negara miskin dan kedatangan pelarian satu beban. Lantaran itu sewajarnya inisiatif mana-mana pihak luar terutama dari Negara Islam seperti Malaysia diterima terbuka dan baik tanpa sebarang prasangka.

"Sebab itu Bangladesh harus mempertimbangkan dengan wajar kerana negara itu punya hubungan bersama Malaysia," ujarnya.




Terang beliau, hubungan itu dapat dilihat di mana jutaan rakyat Bangladesh diterima sebagai tenaga kerja dan disambut baik untuk membina kehidupan di Malaysia.

Demikian itu katanya, kedatangan misi harus dibalas baik sebagai simbol persaudaraan dua negara, lebih-lebih lagi telah mengambil masa panjang dan membawa amanah ratusan juta umat Islam.

Bahkan maklumnya, misi ini mewakili umat Islam dari 10 negara yang menunjukkan komitmen untuk membantu pelarian etnik minoriti Muslim Rohingya.

"Jika tidak, imej Bangladesh di kaca mata dunia Islam akan terjejas. Kita mempertimbangkan untuk mendesak Kerajaan Malaysia menilai semula hubungan dengan Bangladesh jika mereka tidak menunjukkan kesediaan kepada usaha murni ini.

"Kami menegaskan, sebagai usaha yang bersifat antarabangsa dan atas semangat persaudaraan dan kemanusiaan, kami sanggup menunjukkan bantahan kepada Bangladesh jika mereka menghalang sukarelawan turun.

"Kami mahu bantu pelarian Rohingya yang sangat terdesak menunggu bantuan kemanusiaan dari kami," jelasnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment




 
Top