pahangdaily pahangdaily Author
Title: Rafizi Desak Agar Najib Tukar Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji & Felda
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : PKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menukar Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Felda yang dil...
PETALING JAYA: PKR mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didesak menukar Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji dan Felda yang dilantik atas dasar politik.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, rakyat mula meragui penglibatan ahli politik dalam kedua-dua badan kerajaan itu ekoran pelbagai skandal melibatkan kepimpinannya.
“Saya menyeru supaya Najib mendengar suara rakyat dengan menukar ahli lembaga pengarah di dua badan kerajaan yang menduduki kerusi tersebut atas dasar ahli politik atau lantikan politik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Rafizi turut menyenaraikan 7 daripada 10 nama ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang menurutnya wajar digantikan pakar perniagaan dan pelaburan.
Ia termasuk Pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Othman Mahmmood, Tan Sri Badruddin Amiruldin, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Tan Sri Mohamad Aziz, Tan Sri Shukry Mohd Salleh dan Datuk Rosni Sohar.
Sementara itu, ahli Parlimen Pandan itu turut menyenaraikan 6 daripada 11 ahli lembaga pengarah di Felda, termasuk pengerusi baru dilantik, Tan Sri Shahrir Samad.
Individu lain menurut Rafizi wajar digantikan adalah Datuk Mohd Suhaili Said, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, Datuk Abu Bakar Harun, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Datuk Mohd Isa Abu Kassim.
Rafizi turut mencadangkan agar 2 jawatankuasa terpilih baru ditubuhkan bagi mengawal selia perbelanjaan dan prestasi kementerian serta agensi kerajaan.
Bukan itu sahaja, jawatankuasa terpilih itu juga ditubuhkan untuk mengawal selia perbelanjaan dan prestasi badan pelaburan kerajaan, Petronas dan syarikat berkaitan kerajaan.
Rafizi juga berkata, akan menulis surat rasmi kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi memaklumkan pandangan peribadinya itu.
“Saya sedia maklum amalan melantik ahli politik ke kerusi Lembaga Pengarah dan badan kerajaan masih diamalkan oleh Kerajaan Negeri yang ditadbir Pakatan Harapan.
“Saya akan menulis secara rasmi sebagai ahli Parlimen kepada Azmin dan Guan Eng agar pandangan saya ini dapat dipertimbangkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top