[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Rasuah 'RM550,000'': Bekas KSU & Anaknya Mengaku Tidak Bersalah


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya, dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berkaitan rasuah bernilai RM550,000.

Mohd Arif, 60, dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, masing-masing menghadapi tuduhan bersubahat dan menerima suapan membabitkan nilai RM550,000 berhubung projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sandakan, Sabah tahun lepas.

Menurut agensi berita Bernama, kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]