pahangdaily pahangdaily Author
Title: Remaja Maut "Di Patuk", Selepas Bergambar "Cium" Dengan Ular Tedung
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
INDIA: Seorang remaja lelaki mati akibat dipatuk ular tedung ketika dia bergambar dengan ‘menc...

INDIA: Seorang remaja lelaki mati akibat dipatuk ular tedung ketika dia bergambar dengan ‘mencium’ ular itu di Mumbai.
Dalam kejadian minggu lalu, Somnath Mhatre, 18, yang menyertai pasukan sukarela menyelamat ular, sebelum itu, mengeluarkan ular berkenaan dari sebuah kereta untuk dilepaskan di tempat selamat.
Dia kemudian bergaya dengan mencium belakang kepala ular itu untuk bergambar namun ular itu berpaling dan mematuk dadanya.
Somanath dikejarkan ke sebuah hospital di Mumbai namun meninggal dunia Khamis lalu, selepas lima hari koma.
Rakannya yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, Somnath pergi menyelamatkan ular itu yang berada dalam kereta di satu kawasan perniagaan di daerah Belapur.
“Selepas berjaya mengeluarkan ular tedung itu, dua membawanya ke tempat lain dan bergambar dengan mencium kepala reptilia berkenaan.
“Namun ular itu berpaling dan mematuk dadanya,” kata rakannya itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top