pahangdaily pahangdaily Author
Title: Saifuddin: Pemimpin UMNO Kini Banyak "Menyimpang" Daripada Perjuangan Asal
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
BENTONG: Bekas Menteri UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah kesal dengan amalan dan budaya politik diamalkan pimpinan parti itu yang disifa...

BENTONG: Bekas Menteri UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah kesal dengan amalan dan budaya politik diamalkan pimpinan parti itu yang disifatkan tersasar daripada prinsip sebenar perjuangan.
Ketua Sekretariat Pakatan Harapan itu merujuk kepada skandal dan penyelewengan kewangan membabitkan institusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang sepatutnya berperanan membantu masyarakat Melayu dan Bumiputera di negara ini.
“Skandal MARA ini serius kerana institusi itu seharusnya pertahankan Melayu dan Bumiputera.
“Jadi, amatlah malang apabila pemimpin UMNO Melayu dan Islam mengambil kesempatan daripada kedudukannya dalam MARA untuk lakukan penyelewengan sedemikian,” katanya ketika ditemui pada majlis minum petang baru-baru ini.
Terdahulu, MARA menggantung tugas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkuat kuasa serta-merta susulan dakwaan penyelewengan salah guna dana kewangan institusi itu.
MARA didakwa membuat penajaan pasukan bola sepak The Red Warriors dan penajaan Pelaburan Mara juga Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang “dipaksa” menaja skuad Liga Super Kelantan.
Bagaimanapun Annuar menafikan dakwaan berkenaan.
Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi beberapa dokumen dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers menunjukkan bahawa UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar Malaysia dari RM2 bilion kepada RM1.3 bilion, pada 2016 ekoran skandal terbabit. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top