pahangdaily pahangdaily Author
Title: Seramai 123 Pelancong Terkandas Di Tioman, "Di Bawa Keluar" Oleh TLDM
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan misi bantuan untuk membawa keluar 123 pelancong yang terkandas akibat cuaca b...
KUANTAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melaksanakan misi bantuan untuk membawa keluar 123 pelancong yang terkandas akibat cuaca buruk di Pulau Tioman, Rompin, hari ini.
TLDM Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1) berkata kapal KD Terengganu bertolak dari Pangkalan TLDM Tanjung Gelang di sini pada 12 tengah malam tadi.
“KD Terengganu digerakkan untuk membawa keluar pelancong ini setelah menerima maklumat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang,” menurut kenyataan TLDM MAWILLA 1 di sini.
Dalam pelayaran misi bantuan itu, TLDM berkata kapal berkenaan juga membawa bantuan bekalan makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Rompin untuk diagihkan kepada penduduk Pulau Tioman.
Ini berikutan keadaan laut yang bergelora dan cuaca buruk sejak Isnin lepas menyebabkan perkhidmatan feri penumpang ke pulau peranginan itu dihentikan sementara waktu sehingga cuaca kembali pulih.
Menurut kenyataan itu, misi bantuan berkenaan menunjukkan TLDM sentiasa bersedia memberi bantuan kepada masyarakat dengan menggerakkan asetnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top