pahangdaily pahangdaily Author
Title: Shahrul: Daftar Undi Sebelum 31 Mac Jika PRU-14 Pada September
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Warganegara berumur 21 tahun dan ke atas perlu mendaftar sebagai pemilih sebelum 31 Mac 2017 jika ingin mengundi sekir...

PETALING JAYA: Warganegara berumur 21 tahun dan ke atas perlu mendaftar sebagai pemilih sebelum 31 Mac 2017 jika ingin mengundi sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) jatuh pada September nanti.
Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, ‎Shahrul Aman Mohd Saari (foto) berkata, ia berikutan lazimnya proses pewartaan setiap pendaftar baru memakan masa selama enam bulan.
“Cuma mereka yang mendaftar sebelum 31 Mac 2017 boleh mengundi dalam PRU-14 sekiranya ia diadakan pada September 2017.
“Oleh itu adalah mustahak untuk mereka yang belum mendaftar untuk mendaftar secepat mungkin di pejabat pos terdekat,” kata Shahrul pada sidang media di Pejabat BERSIH 2.0 di Eight Avenue, di sini, hari ini.
Beliau turut menggesa pengundi yang sudah sedia mendaftar supaya membawa ahli keluarga dan rakan-rakan yang belum mendaftar ke Pejabat Pos untuk mendaftar sebagai pemilih.
Jelasnya, mengundi dalam pilihan raya merupakan hak paling berkuasa bagi rakyat dalam sistem demokrasi.
Selain itu, ia juga merupakan pendekatan paling terus membawa perubahan bagi memastikan suara rakyat tidak diabaikan.
Terdahulu, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberitahu media, berdasarkan maklumat diterima, beliau menjangkakan PRU-14 bakal diadakan pada September nanti. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top