pahangdaily pahangdaily Author
Title: Aktivis Siti Kasim Bidas, Siapa Hadi Panggil Kita "Kambing Terpisah’" ?
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Aktivis lantang Siti Kasim membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang kenyataannya terhadap orang Islam ya...
PETALING JAYA: Aktivis lantang Siti Kasim membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tentang kenyataannya terhadap orang Islam yang tidak menyertai himpunan pro-usul Hadi minggu lepas.
Peguam itu berkata Hadi tiada hak untuk memarahi orang Islam yang tidak mahu menyertai Himpunan 355 yang dipimpin PAS Sabtu lepas.
“Siapa dia untuk bercakap dengan nada sebegitu terhadap orang-orang yang tidak menghadiri perhimpunan itu? Kita juga boleh menggunakan nada yang sama terhadap orang yang tidak bersama himpunan balas kami, tetapi kita tak mahu.
“Dasarnya adalah, beliau tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak sesiapa. Ini menunjukkan keangkuhan Hadi. Siapakah dia melabel orang Islam yang tidak hadir ‘kambing terpisah’?”
Hadi semalam mengumumkan himpunan pro-usul Hadi berjaya dan menggelar mereka yang tidak hadir “laksana kambing yang terpisah daripada kawanannya yang mudah menjadi mangsa serigala liar yang berkeliaran.”
Siti berkata orang Islam yang membantah usul Hadi itu menyokong hujah mereka dengan fakta, makala Hadi pula tidak menawarkan penjelasan secukupnya.
“Bagaimana pula dengan Hadi dan kumpulannya? Dia tidak beri penjelasan mengenai usul itu. Kalau benar usul itu untuk Islam, beritahu kami bagaimana dan jelaskan secara terperinci.
“Sampai hari ini, Hadi tidak beri justifikasi kecuali mengatakan usul itu untuk mempertakan mahkamah syariah. Kenyataan mengarut.
“Mereka tidak pernah berikan hujah yang boleh dilaksanakan kecuali menghentam pihak yang menentang mereka di forum-forum mereka.”
Jurucakap himpunan balas menolak usul Hadi, Azrul Mohd Khalid kesal melihat Hadi menganggap mereka yang berbeza pandangan sebagai “terpisah”.
“Walaupun ayat Al-Quran secara jelas menyatakan ‘tiada paksaan dalam agama’, dia lebih suka orang mengikut cara dia secara membuta tuli dan tanpa banyak soal.
“Adakah begitu cara dia melihat orang-orang berbaju ungu yang berhimpun di Padang Merbok Sabtu lepas? Adakah mereka kambing? Kambing yang dibawa ke arah yang betul?”
Azrul berkata hujah Hadi mengatakan tujuan usulnya iaitu untuk mengukuhkan maruah sistem syariah adalah meragukan.
“Apa maksudnya? Masalah apa yang cuba dia selesaikan dengan hukuman yang sangat keras dan kejam?”
Azrul berkata Hadi tidak menyatakan kajian atau penyelidikan bagi menyokong hujah hukuman keras akan membawa kepada pencegahan dan mengurangkan kesalahan syariah.
“Apa sahaja reformasi perlu dibuat melalui pembikinan dasar berdasarkan pembuktian, bukan retorik semata-mata.
“Kita meminta pihak yang sedang mempertimbangkan untuk menyokong atau menolak usul Hadi supaya jangan jadi ‘kambing’, tetapi gunakan akal dan belas kasihan daripada dibuai retorik politik dan dogma.”
Himpunan pro-usul Hadi itu mendapat sokongan meluas daripada rakyat seluruh negara. Polis menganggarkan seramai 20,000 orang hadir tetapi menurut PAS seramai 300,000 orang turun untuk menyokong usul itu.
Himpunan balas yang dianjurkan kumpulan bergelar Bebas, diadakan pada hari yang sama di Taman Jaya di sini, dihadiri lebih kurang 200 orang sahaja.
Usul itu, yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan, mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dijatuhkan mahkamah syariah melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau Akta 355.
Usul itu mahu mencadangkan kadar maksimum hukuman bagi kesalahan syariah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 rotan.
Pada masa ini, mahkamah syariah hanya boleh mengenakan hukuman tidak melebihi 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 rotan.
Orang bukan Islam bimbang versi Hadi itu akan membawa kepada pelaksanaan hudud di Kelantan dan Terengganu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Thursday, February 23, 2017 7:35:00 AM

Nampak sangat pemimpin PAS diperbodohkan oleh UMNO/BN adakah PAS sedar yang UMNO hanya nasehat MCA dan Gerakan dan komponen yang lain agar terima dulu apa yang hendak dicakap oleh pemimpin PAS itu lepas itu Najib akan lepas tangan dengan mengatakan itu hak mereka yang bukan islam untuk bersuara, tapi kenapa sebelum ini PAS tidak mahu berjumpa dan bersemuka dengan DAP dan yang lain dalam pembangkang,inilah hakikat yang pemimpin PAS hari ini telah dibeli oleh najib dengan dedak halus tanpa disedari leh pemimpin PAS dan itulah sebabnya juga pemimpin PAS sendiri tidak sehaluan pabila membuat kenyataan berhubung perkara yang berbangkit terutama RUU yang sedang diperkatakan.

Anonymous said... Thursday, February 23, 2017 7:43:00 AM

Hadi Awang memang angkuh dan riak dan pengikutnya pula terlalu taksub dengan ucapannya serupa dengan apa yang berlaku semasa amanat beliau dalam tahun lapan puluhan dulu hinggakan celaru pelbagai perkara dan sekarang suadah tiada halangan lagi pada dia untuk menunjukkan kenangkuhannya itu ditambah pula Najib yang dalam terdesak menyokong dibelakang keangkuhannya itu.Mohon Allah buka mata dan pintu hatinya untuk kembali kepangkal jalan.

 
Top