pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sivarasa: Kes Saman Terhadap KJ Harapan "Anwar Menang" Cerah !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka berhadapan jalan sukar untuk menang kes saman dikemukakan Ketua Umum KE...

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka berhadapan jalan sukar untuk menang kes saman dikemukakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anak guamnya, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Peguam mewakili Anwar, R. Sivarasa, berkata hal ini berikutan ketika disoal oleh Muhammad Shafee, Anwar berjaya memberikan hujah berkesan.
“Kita dah tengok Datuk Seri Anwar menjawab dengan lengkap, bernas dan tegas dalam semua isu melibatkan Nalakaruppan, 16 September dan sebagainya.
“Akhirnya apa yang kita lihat kes pembelaan Khairy Jamaluddin tak berasas dan goyah.
“Oleh sebab ini kita sedang menilai memanggil saksi kerana walaupun kita dah senaraikan saksi tetapi selepas melihat Datuk Seri Anwar menjawab tadi kita putuskan sama ada masih perlukan saksi lain atau tidak,” kata beliau.
Sivarasa berkata demikian kepada media selepas selesai perbicaraan saman Anwar terhadap Khairy di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini semalam.
Bagaimanapun jelasnya, pihak peguam Anwar hanya mendedahkan keputusan memanggil saksi pada saat akhir sebelum hari bersambungnya perbicaraan itu.
Katanya, Muhammad Shafee juga gagal dalam percubaan untuk merujuk kes lampau Anwar pada perbicaraan itu selepas ditolak Yang Arif Azizul Azmi Adnan.#sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top