SPRM Kaji Semak Dulu Profil Calon Penerima Pingat Datuk, Datuk Seri




KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keperluan untuk menjalankan semakan profil penerima gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata demikian selepas melakukan lawatan mengejut ke beberapa agensi kerajaan di Kompleks Perhentian Kajang disini, Selasa.
Ketika ini, katanya, SPRM akan hanya menjalankan saringan jika diminta berbuat demikian daripada pihak kerajaan negeri atau Pusat yang bertanggungjawab menganugerahkan pingat dan gelaran.
"Kami akan melakukan saringan terhadap nama calon untuk gelaran jika diminta," katanya.
Dzulkifli diminta mengulas penahanan empat pemimpin akar umbi bergelar Datuk dan Datuk Seri yang terlibat dalam kegiatan samseng dan jenayah terancang tahun ini.
Suspek ditahan dalam operasi khas polis, Ops Cantas.
Dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata, beliau telah mengarahkan pengarah SPRM untuk menjalankan pemeriksaan mengejut dan tinjauan mesra di negeri masing-masing. #sumber


0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]