pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sultan Johor 'Nafi' Keluar Arahan Larangan "Kanak-Kanak" Keluar Malam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mengeluarkan sebarang arahan berhubung kanak-kanak bawah 18 tahun tidak ...
JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mengeluarkan sebarang arahan berhubung kanak-kanak bawah 18 tahun tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas 10 malam.
Sultan Ibrahim menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook rasmi baginda hari ini menyangkal adanya arahan kononnya daripada baginda yang tular di media sosial sejak semalam.
“Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu yang sedang disebarkan di media sosial. Harap maklum pihak istana tidak mengeluarkan arahan terbabit,” menurut kenyataan itu.
Semalam, terdapat kenyataan yang tular di media sosial mendakwa arahan terbaru Sultan Johor tidak membenarkan kanak-kanak bawah 18 tahun berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas pukul 10 malam, berikutan tragedi yang menimpa lapan remaja berbasikal Sabtu lepas.
Kenyataan terbabit turut mendakwa sekiranya arahan berkenaan tidak dipatuhi, kanak-kanak itu dan ibu bapa mereka akan diarahkan menjalani sesi kaunseling selama 2 bulan serta ibu bapa terbabit mungkin akan dipenjara atau disaman kerana gagal mengawal tingkah laku anak masing-masing. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top