pahangdaily pahangdaily Author
Title: Sultan Selangor "Tidak Berkenan", Kenderaan Jenazah Di Salah Guna
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah di negeri itu disalah guna bagi tujuan lain...

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenan kenderaan jenazah di negeri itu disalah guna bagi tujuan lain selain urusan asal untuk mengendalikan jenazah.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani dalam kenyataan hari ini berkata, sehubungan itu anggota jawatankuasa kariah atau jawatankuasa masjid seluruh Selangor diminta supaya menjaga dengan baik kenderaan jenazah di bawah seliaan masing-masing dan tidak menyalahgunakan kenderaan itu.

"Baginda tidak berkenan kenderaan jenazah tersebut disalah guna selain daripada urusan membawa jenazah seperti disewa untuk membuat demonstrasi atau kegunaan lain yang tiada kena mengena dengan urusan pengendali jenazah.

"Perbuatan tersebut hanya akan memperlihatkan bahawa umat Islam mempersendakan penggunaan kenderaan jenazah yang tidak sepatutnya dilakukan," katanya.

Mohd Munir berkata pihak yang menyelia dan mengawal kenderaan jenazah di Selangor hendaklah mengambil maklum dan mematuhi titah baginda itu. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top