pahangdaily pahangdaily Author
Title: Peguam: Kes Kematian Mendiang Balamurugan, Tiada Respon Polis Setakat Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Peguam keluarga mendiang S Balamurugan masih menanti jawapan balas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung desakan penahana...

SHAH ALAM: Peguam keluarga mendiang S Balamurugan masih menanti jawapan balas Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung desakan penahanan segera dan pendakwaan terhadap semua anggota polis terbabit hingga menyebabkan kematiannya.
N Surendran ketika dihubungi berkata, PDRM masih berdiam diri dan tidak memberikan reaksi balas lanjut.
“Tiada respon daripada polis setakat ini,” katanya.
Sebelum ini, beliau dalam satu kenyataan bersama Latheefa Koya berkata, keputusan bedah siasat kedua yang dijalankan ahli patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) menunjukkan Balamurugan mengalami beberapa kecederaan di dada, kepala, kaki dan belakang yang menyebabkan kegagalan jantung.
Balamurugan, 44, meninggal dunia dalam tahanan polis pada 8 Februari lalu di balai polis Klang Utara.
Mereka berkata, ahli patologi HKL mengenal pasti punca kematian sebagai ‘penyakit arteri koronari dengan beberapa kecederaan akibat dipukul dengan senjata tumpul’.
“Dalam kata lain, oleh sebab Balamurugan ada masalah jantung, pukulan yang diterima ketika dalam tahanan polis mencetuskan kegagalan jantung,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top