pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tiada "Unsur Jenayah Kebencian" Dalam Kes Pembunuhan Wanita Transgender
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Tiada unsur jenayah kebencian dalam kes pembunuhan wanita transgender, Sameera Krishnan. "Kami sedang meneliti aktiviti ...

KUANTAN: Tiada unsur jenayah kebencian dalam kes pembunuhan wanita transgender, Sameera Krishnan.

"Kami sedang meneliti aktiviti masa lalu mangsa dan juga sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan kes penculikan di Klang dua tahun lalu.

"Kami sedang menyiasat sama ada ia satu tindakan balas tetapi tidak ada sebarang petunjuk bahawa pembunuhan itu merupakan jenayah kebencian terhadap individu transgender," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Senior Asisten Komisioner Datuk Raja Shahrom Raja Abdullah (foto).

Sameera, 26, merupakan saksi utama dalam kes penculikan dirinya sendiri, yang telah ditetapkan untuk pendengaran di Mahkamah Shah Alam awal bulan depan.

Dalam kes pada 2015, beliau telah diselamatkan oleh pihak polis apabila kereta orang yang menculiknya terlibat dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Rasau.




Awal pagi Khamis, Sameera ditemui mati dengan kesan tembakan di Jalan Pasar, Kuantan, selepas beliau keluar untuk membeli makanan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, polis mengambil serius kes ini seperti mana kes jenayah lain.

"Seseorang telah dibunuh, jadi polis akan menyiasat kes ini dengan teliti mengikut prosedur seperti biasa," katanya.

Sebuah persatuan transgender Tamil di Petaling Jaya mengecam penggunaan istilah pondan dalam laporan media berhubung pembunuhan Sameera baru-baru ini.

"Pondan merujuk kepada lelaki berpakaian seperti wanita. Kami bukan lelaki yang berpakaian wanita, kami adalah wanita transgender," menurut wakil persatuan itu, Kalaivani Ramasamy.

Beliau berkata istilah itu digunakan kerana masyarakat tidak menghormati komuniti transgender.

Aktivis transgender Nisha Ayub, dalam Facebooknya juga mengkritik mereka yang menggunakan istilah-istilah tertentu untuk menjatuhkan maruah dan identiti Sameera.

Nisha juga bercakap mengenai sebuah stesen radio tempatan dalam programnya pagi Sabtu yang menyebut Sameera sebagai lelaki transgender.  #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top