pahangdaily pahangdaily Author
Title: Tiga Kanak-Kanak Mati Lemas Di Tapak Bekas Lombong Bauksit Di Kuantan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Satu kejadian mati lemas berlaku di tapak bekas lombong bauksit,  Taman Sungai Karang Jaya dekat sini semalam. Kejadian kira-k...

KUANTAN: Satu kejadian mati lemas berlaku di tapak bekas lombong bauksit, Taman Sungai Karang Jaya dekat sini semalam. Kejadian kira-kira jam 6.00 petang itu  melibatkan tiga orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Karang yang berumur antara 10 hingga 12 tahun. 



Mangsa terbabit deikenali sebagai Mahathir Mohamad Zuhairi (7 tahun), Salsabila Zuhairi (12 tahun) dan Noreen Ain Juwita Mohd Sharif (10 tahun). Difahamkan Salsabila dan Mahathir adalah adik beradik. Jenazah mereka dibawa balik ke Taiping, Perak selepas disembahyangkan. Sementara itu jenazah Norain Juwita pula dikebumikan malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Karang Darat.



Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata sebelum kejadian kira-kira 5 petang itu ketiga-tiga mangsa bersama empat lagi rakan termasuk seorang lagi adik lelaki kepada Salsabila, Mohamad Aiman Hakimi, 10, pergi bermain di kawasan bukit bekas perlombongan bauksit berkenaan.



"Ketika bermain Aiman ini ternampak getah hitam di tepi kolam bauksit tersebut dan hendak pergi ambil getah itu, namun dia telah terjerlus masuk ke dalam kolam berkenaan.
Waktu itu Aiman sendiri lemas, namun dapat menyelamatkan diri dan keluar dari dalam kolam itu. Ketika itulah seluarnya tertanggal menyebabkan kakaknya cuba untuk mengambilnya, " katanya di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi.



Abdul Aziz berkata sewaktu Salsabila hendak mengambil seluar, kanak-kanak malang itu telah terjerlus ke dalam kolam berkenaan dan lemas sebelum rakannya Nureen Ain dan adiknya Mahathir cuba menyelamatkannya. Bagaimanapun mereka berdua turut lemas sebelum Mohamad Aiman dan tiga lagi rakannya pergi mendapatkan pertolongan daripada penduduk setempat.



Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah turut berangkat ke unit forensik hospital berkenaan bagi menziarahi keluarga kedua mangsa yang terlibat dan menyampaikan sumbangan peribadi baginda.

Baginda turut sedih dan berdukacita atas kejadian yang berlaku. Baginda menitahkan agar lombong-lombong yang telah digunakan di timbus semula, terutamanya di lokasi yang berdekatan dengan kawasan penduduk. Baginda juga bertitath supaya papantanda diletak, agar orang ramai tidak menghampiri kawasan berkenaan, apatah lagi mandi  manda. #pahangdaily

Advertisement

Post a Comment

 
Top