pahangdaily pahangdaily Author
Title: Video Siti Aisyah Sambut Hari Jadi Sebelum Kim Jong-nam Di Bunuh, Muncul Di Internet
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Suspek wanita yang ditahan reman berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah dilaporkan telah menyambut hari jad...

PETALING JAYA: Suspek wanita yang ditahan reman berkaitan kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah dilaporkan telah menyambut hari jadinya sebelum berlakunya kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) itu.

Melalui satu video yang dimuatnaik oleh China Press Daily di Youtube pada Sabtu, seorang wanita, dipercayai Siti Aisyah dilihat telah bercakap tentang seorang rakan lama bernama 'Kak Lin' yang sedang duduk di sebelahnya, ketika majlis sambutan hari jadinya, dipercayai sehari sebelum Jong-nam dibunuh.

Bagaimanapun, wajah Kak Lin dalam video tersebut telah dikaburkan.

Siti Aisyah, yang memakai blaus warna merah memulakan percakapan dalam rakaman video dengan memberitahu bahawa dia sudah lima bulan tidak bertemu Kak Lin yang dikenalinya enam tahun lalu.

"Dari Kak Lin tak kahwin lagi, sampai sekarang Kak Lin dah mengandung," katanya.

Dalam video selama satu minit empat saat itu, kedua-dua mereka kelihatan gembira, mesra dan saling bergelak ketawa.

Sebelum rakaman video tamat, Kak Lin sempat menyatakan bahawa 'orang di sebelahnya' sudah menjadi artis.


Sambil ketawa, Siti Aisyah bertanya: Artis apa?

Apabila Kak Lin menjawab 'Uqasha Senrose', Siti Aisyah tergelak besar dan rakaman video ditamatkan.

Siti Aisyah adalah antara empat individu yang ditahan polis secara berperingkat susulan pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lepas.

Berdasarkan laporan, dia lahir pada 11 Februari 1992 di Serang, Indonesia.

Empat dalang yang disyaki merancang pembunuhan itu telah meninggalkan Malaysia dan tiga lagi suspek sedang diburu. #sumber


Advertisement

Post a Comment

 
Top