pahangdaily pahangdaily Author
Title: Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA : Klip rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan saat Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin utama Korea Utara, dibunuh ol...
PETALING JAYA: Klip rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan saat Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin utama Korea Utara, dibunuh oleh seorang wanita berpakaian baju T “LOL”, kini dimuat naik di beberapa laman perkongsian video termasuk YouTube.
Rakaman di terminal tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) itu menunjukkan wanita dipercayai Doan Thi Huong, yang kini dalam tahanan polis, menghampiri Kim daripada belakang sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun, ketika di bahagian pendaftaran masuk bagasi.
Video itu dimulakan dengan Kim dilihat tiba di klia2 sambil memikul sebuah bag. Selepas memandang ke arah skrin jadual penerbangan, dia kemudian ke sebuah kiosk tiket, dipercayai bagi mengesahkan tiket penerbangannya ke Macau.
Rakaman yang agak kabur kemudian menunjukkan Doan terlibat dalam pergelutan dengan Kim di khalayak ramai, sebelum wanita itu beredar daripada situ, sambil berjalan keluar seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
Satu lagi rakaman daripada sudut lain menunjukkan Kim bergegas mengatakan sesuatu kepada anggota keselamatan klia2, dan kemudian ke sebuah klinik.
Kim merupakan abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un. Beliau dilaporkan hidup dalam buangan di Macau dan dalam perjalanan pulang ke sana dari Kuala Lumpur apabila diserang di klia2.
Semalam, sumber dari Korea Selatan, seteru utama jirannya, memetik siasatan Malaysia yang mendapati Pyongyang merupakan dalang di sebalik kematian Kim.
Selain daripada 2 wanita, polis sudah menahan 2 lagi, termasuk seorang lelaki Korea Utara, dan sedang memburu 4 lagi rakyat negara itu yang meninggalkan Malaysia pada 13 Februari, hari pembunuhan itu berlaku. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top