pahangdaily pahangdaily Author
Title: Wanita DAP Bidas UMNO Perkecil Penglibatan Wanita Dalam Politik
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman hari ini membidas sikap UMNO yang disifatkannya telah m...

KUALA LUMPUR: Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman hari ini membidas sikap UMNO yang disifatkannya telah memperkecilkan peranan dan penglibatan wanita dalam politik tanah air.
Beliau merujuk kepada sebuah tulisan yang di facebook Penerangan UMNO Malaysia bertajuk ‘Pemimpin Wanita DAP Bak Melukut Di Tepi Gantang, Seperti Kerbau Dicucuk Hidung’ yang disiarkan pada 22 Februari lalu.
Menurut Rara, ia bukan sahaja telah memperkecil penglibatan wanita dalam DAP malah secara tidak langsung memperkecil penglibatan wanita dalam politik Malaysia.
“Umno seperti menutup mata tentang sumbangan wanita dalam politik Malaysia. Wanita Malaysia terutamanya Wanita DAP sangat lantang dalam menengahkan isu-isu penting dalam negara.
“Wakil-wakil rakyat Wanita DAP merupakan wakil rakyat wanita yang paling lantang bersuara sama ada di Parlimen atau Dewan Negeri.
“Jika diukur melalui liputan berita oleh media yang dikuasai oleh UMNO, sudah pastilah suara wanita DAP dipinggirkan begitu sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.
Pandangan UMNO itu katanya cukup sempit jika sekadar mengukur sumbangan wanita dalam politik dengan hanya berdasarkan kelantangan bersuara semata-mata kerana gerak kerja politik juga melibatkan peringkat akar umbi.
Tegasnya, DAP konsisten mengiktiraf dan memantapkan kedudukan wanita dalam politik, apabila menjadi parti politik pertama menetapkan kuota 30 peratus kepada wanita di peringkat pembuat dasar Jawatankuasa Tertinggi melalui pindaan perlembagaan parti.
“Sebelum memanggil wanita dengan panggilan kerbau dan sebagainya, seeloknya cerminlah diri sendiri dahulu.
“Bukan sahaja wanita UMNO, malah pemuda UMNO dan pemimpin UMNO sendiri diam seribu bahasa apabila skandal 1MDB melanda pemimpin mereka,” katanya lagi. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top