Wanita "Racun" Dalam Kes Bunuh "Jong Nam" Akan Di Dakwa Esok !

PETALING JAYA: Dua suspek wanita yang ditahan polis dalam siasatan kes pembunuhan Kim Jong Nam akan dihadapkan ke mahkamah di Sepang esok, menurut Jabatan Peguam Negara.
Ia susulan kertas siasatan sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut semalam.
Jong Nam, abang tiri kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un, diserang 2 wanita ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), Sepang, pada 13 Feb.
Kematian beliau mencetuskan krisis diplomatik Malaysia dan Korea Utara, berikutan dakwaan Jong Nam dibunuh atas arahan Pyongyang yang dikatakan tidak menyenanginya.
Polis sehingga kini menahan 4 suspek membantu siasatan kes itu. Mereka ialah wanita Vietnam, Doan Thi Huong, Siti Aisyah dari Indonesia, temannya Muhammad Farid Jallaludin (Malaysia) and warga Korea Utara, Ri Jong Chol.
Farid dibebaskan dengan jaminan polis, manakala Tempoh reman Doan dan Siti akan tamat Rabu ini, dan Ri pula pada Jumaat ini.
Sin Chew Daily melaporkan tempoh reman 3 suspek itu akan tamat tidak lama lagi dan polis perlu mendakwa mereka secepat mungkin.
Akhbar itu berkata siasatan dikendalikan Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Sepang dan Cawangan Khas (SB) serta Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Jumaat lalu, polis mengumumkan laporan analisis awal Jabatan Kimia Malaysia yang mendapati bahan kimia Ethyl S-2-Diisopropylaminoethyl Methylphonothiolate atau agen saraf VX digunakan dalam pembunuhan Jong Nam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]