pahangdaily pahangdaily Author
Title: Penduduk Pulau Tawar Kesal, Lot Tanah 'Di Agihkan' Kepada Orang Luar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
JERANTUT: Rata-rata penduduk Pulau Tawar yang memohon tanah lot di Bukit Rang dekat sini kecewa dengan tindakan pihak-pihak yang tidak ...

JERANTUT: Rata-rata penduduk Pulau Tawar yang memohon tanah lot di Bukit Rang dekat sini kecewa dengan tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang tergamak mengagihkan sebahagian daripada tanah terbabit kepada "orang luar" bukan anak tempatan kampung tersebut.



Demikian diluahkan oleh mereka dalam sesi pertemuan dan dialog khas dengan Ahli Parlimen Jerantut, Dato' Ahmad Nazlan Haji Idris di sini baru-baru ini. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Pulau Tawar, Amir Hamzah Othman dan juga Zulfaker Mat Sood (Ustaz Ngah) selaku Pengerusi Majlis dan juga Pengeru Rancangan Pembesaran Kampung (RPK) yang bertindak menguruskan lot-lot tanah fasa 1,2 dan 3 yang mencetuskan kontroversi itu.



Pertemuan yang diadakan di Masjid Pulau Tawar itu agak panas bila ada pemohon yang marah akibat tindakan khianat serta tidak telus dalam pembahagian lot-lot tanah berkenaan. Pencerahan tentang tanah lot fasa 4 dan 5 akhirnya tidak menjadi apabila para penduduk terus mempersoalkan ketelusan agihan lot tanah fasa 1,2 dan 3.


"Bayangkan selepas membayar RM100 dan menunggu begitu lama, tiba-tiba orang luar pula yang dapat.. ini tidak adil. Kami anak jati Pulau Tawar. Hak kami dinafikan oleh mereka yang khianat dalam hal agihan tanah ini", kata Mohd Asri Yusof, salah seorang pemohon yang ditolak. Beliau seringkali mencelah ketika Pengerusi Majlis memulakan acara pada petang itu.  "Saya tak nak dengar bercerita pasal sejarah, masa dah tak mengizinkan. Kita perlu gunakan peluang yang ada untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang kes ini", katanya lagi dengan nada kecewa.



Rata-rata penduduk menggesa nama-nama penerima lot tanah fasa 1,2 dan 3 dipamerkan. Namun perkara itu ditolak, mungkin demi menjaga nama-nama pihak tertentu.  "Jika didedahkan nama-nama, sudah pasti akan terbongkar segalanya.. Pasti kita tau siapa yang bolot tanah-tanah terbabit dan nama-nama orang luar yang mendapat tanah tersebut. Tapi anehnya, pihak terbabit tidak berani.. malah pejabat tanah Jerantut langsung tidak menghantar wakil mereka.. walhal Ahli Parlimen hadir bersama", kata Asri laggi.



Difahamkan, kelulusan tanah lot untuk Fasa 1,2 dan 3 telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar,  Dato' Dr. Ahmad Shukri Haji Ismail (foto) sebelum ini. Ramai pemohon yang kecewa nama mereka dipadamkan dan digantikan dengan nama-nama lain yang tiada kaitan dengan kampung terbabit. 



Malah ada isu, borang permohonan telah diagihkan kepada guru-guru di sebuah sekolah di bandar Jerrantut oleh pihak terbabit. Ramai guru-guru mendapat tanah sedangkan mereka orang luar. Sebaliknya hak anak-anak tempatan dinafikan. 



Sementara itu, Ahmad Azzuddin Mohd Syarif pula bertanya kenapa ada kasta dalam agihan tanah di Pulau Tawar. "Fasa 1, seperti semua orang dah tau.. ada orang mendapat bahagian tanah dia 1/4 dan ada orang mendapat bahagian tanah 1/8.. kenapa ada sistem kasta di negara Malaysia ini?. Seperti mana yang kita tahu kasta ada di India... Apakah kami ni kasta rendah ker?. Mengapa ada orang yang duduk di kasta atasan?. 


"Sepatutnya JKK perlu ada didepan kita nih.. supaya senang kita meluahkan apa yang terkilan... Tentang fasa 1,2 dan 3 nih.. kita tak payah fikirkan sangat.. sebab syuarga dan neraka dia tiada kuota sapa-sapa.. untuk fasa 4 dan 5 ni, saya harap sangat ketelusan pihak-pihak tertentu", kata salah seorang lagi pemohon yang dikenai sebagai Nor Ayu.


"Supaya mengagihkan pembahagian lot-lot tanah tersebut secara telus, tulus, jujur.. kalau boleh.. kuota tu dikebelakangkanlah... tak perlu.. bila sebab ada kuota ni lah yang menyebabkan rama anak-anak watan tempatan yang tak dapat.." katanya.



"JKK boleh kata semua ahli keluarga dapat... saya dulu nak mintak borang pada Tok Empat (Meran) pun susah.. saya ingat dia kata satu rumah satu borang...  bila berdebat. kesudahan dia kalah.. dia bagi borang ke saya... bila orang kampung Tok Empat kata satu rumah satu borang.. sedangkan keluarga Tok Empat habis semua dibagi borang.." tambah beliau.


"Bukan saja pasal tanah, saham pun macam tu jugak.. ramai orang kampung yang susah tak dapat saham.. saya dah lama memendam ayat-ayat nih..  terima kasih kepada Dato' Nazlan (Ahli Parlimen Jerantut) beri peluang kepada kami.. kerana kami nak memperjuangkan hak-hak kami... jadi saya harap kepada Dato' Nazlan yang kami percaya setakat nih... "


"Sebab ramai sangat dah anak watan warga Pulau Tawar ni dah ditindas.. dah ditipu..  dengan helah-helah Tok Empat ke apa ker dan sebagainya... terutamanya JKK. Jadi saya mewakili anak jadi Pulau Tawar, mintak sangat Dato' Nazlan.. supaya untuk pemohon-pemohon fasa 4 dan 5 yang nama dah tersenarai tu.. diangkat dan diluluskan.. kami sebenarnya itu jer yang kami memohon sebab kami tak ada harta.. jadi kami mintak sangat jasa baik dan prihatin supaya nama-nama yang dah tersenarai tolonglah dikekalkan dan diluluskan", katanya sambil mendapat sokongan dari penduduk kampung. 


Ketika sesi dialog berjalan, pihak urusetia turut mengagihkan semula wang RM100 yang dibayar sebagai "upah merintis tapak" untuk lot tanah fasa 1,2 dan 3. Wang dipulangkan semula atas alasan menunggu proses seterusnya untuk fasa 4 dan 5 pula.



Penduduk juga dikejutkan dengan kenyataan Tok Empat Saharuddin May Yassin (foto), yang tiba-tiba umumkan beliau sedia letak jawatan gara-gara tidak mahu terpalit dengan kemelut yang melanda. Beliau dilantik jadi Tok Empat, ketika isu permohonantanah lot Bukit Rang ini berjalan sebenarnya,

Sementara itu, Dato' Nazlan berjanji akan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik atas kemelut yang melanda pada penduduk Pulau Tawar itu. Beliau akan memastikan pengangihan untuk fasa 4 dan 5 dibuat secara telus dan adil kepada anak-anak tempatan. Laporan selanjutnya menyusul. #pahangdaily

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Sunday, February 05, 2017 7:56:00 AM

Sebenarnye yg depa berdepan dgn Ahli Parlimen depa tu lah Penyamun aka Lanun.buat buat muka tak bersalah.Kunun akan cuba menyelesaikan masalah Penduduk.selagi Wakil Rakyat depa keturunan Melayu UMNgok sampai Kiamat la kena Tindas dan kena Tipu.Undi la lagi BN UMNgok lagi.

 
Top