[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Zahid Sahkan Kim Chol Ialah Kim Jong-nam, Abang Presiden Korea Utara

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini secara rasminya mengesahkan lelaki Korea Utara yang mati pada Isnin lalu ialah Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.
Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Jong-nam ialah orang yang sama dengan pemilik pasport menggunakan nama Kim Chol.
Identiti itu disahkan berdasarkan pasport itu, yang menurutnya adalah tulen.
Beliau berkata, Jong-nam menggunakan 2 identiti berbeza bagi tujuan penyamaran dan dokumen itu adalah tulen.
“Identiti beliau disahkan daripada pasport yang kami bandingkan dengan dokumen dikeluarkan Kedutaan Korea Utara dan menerusi identiti dikeluarkan kedutaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan dialog meja bulat dengan pemimpin industri mengenai pekerja asing, hari ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]