pahangdaily pahangdaily Author
Title: Adnan: Kerajaan Negeri Pahang Jangka, Tempoh 'Moratorium' Di Lanjut
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menjangkakan tempoh moratorium bauksit akan diteruskan sehingga Jun depan memandangkan masih ada beber...

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang menjangkakan tempoh moratorium bauksit akan diteruskan sehingga Jun depan memandangkan masih ada beberapa keadaan belum memuaskan hati, selain bimbang tidak mampu mengawal kesan bakal dihadapi kelak.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan perlu mengambil kira soal kebajikan rakyat dan juga persekitaran yang mungkin terjejas seperti sebelum moratorium di laksanakan.

Menurutnya, kesan perlombongan bauksit cukup membuatkan semua pihak terkesan sehingga menimbulkan pelbagai isu.

“Kerajaan akan menilai semua aspek sebelum membuat keputusan akhir berhubung perkara itu.

“Buat masa ini, kita tunggu dan lihat langkah yang boleh diambil untuk memastikan semua pihak mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Menteri Besar bersama Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Pahang, semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas Khas, Datuk Norol Azali Sulaiman.

Tempoh moratorium akan tamat pada 31 Mac ini selepas disambung sejak ia berkuat kuasa Januari tahun lalu.

Sementara itu, Adnan berkata, dakwaan mengenai penerokaan haram di Tasik Chini adalah tidak benar.

Beliau berkata, proses pemuliharaan Tasik Chini adalah dilaksanakan dalam jangka masa panjang dan memerlukan perhatian sewajarnya.

“Ia adalah projek ladang yang sudah lama diluluskan kerajaan untuk agensi-agensi terbabit.

“Pada tahun lepas, saya dimaklumkan kualiti air di tasik berkenaan sudah mencapai tahap dua berbanding empat sebelum itu,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top