pahangdaily pahangdaily Author
Title: MP Lenggong Desak Tangkap Batu Api Konflik Malaysia-Korea Utara !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu lebih tegas menyiasat mana-mana individu di negara ini yang c...
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu lebih tegas menyiasat mana-mana individu di negara ini yang cuba menjadi batu api dan menyemarakkan konflik Korea Utara di media sosial.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, ada individu atau pihak tertentu yang sengaja mengeruhkan konflik terbabit dengan membandingkan aset pertahanan dan keupayaan ketenteraan dimiliki kedua-dua negara.
“Bayangkan, ada yang membuat perbandingan kononnya kita guna meriam buluh manakala pihak sana guna nuklear dan sebagainya.
“Tindakan mereka ini berniat untuk memperlekeh usaha kerajaan yang bertungkus lumus mencari penyelesaian.
“Individu seperti ini mesti ditangkap, krisis ini bukan perkara main-main,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. #sumber


Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top