pahangdaily pahangdaily Author
Title: Al-Fatihah: Seniman Negara, Tan Sri Jins Shamsuddin Meninggal Dunia
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR : Pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di rumahnya di Hulu Klang hari ini, menurut anaknya Putera Hang Nadim. ...
KUALA LUMPUR: Pelakon Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di rumahnya di Hulu Klang hari ini, menurut anaknya Putera Hang Nadim.
Pelakon dan pengarah filem yang pernah bersama-sama seniman lagenda seperti P Ramlee itu berusia 81 tahun.
Jins terkenal sebagai pelakon sejak 1950-an, dan filemnya seperti Bukit Kepong, di samping beberapa filem yang bermula dengan perkataan “Esok”, memperlihatkan bakat serba bolehnya sebagai pengarah dan pelakon.
Anak Taiping, Perak ini mempunyai lebih 46 filem sebagai pelakon dan 9 filem sebagai pengarah sejak 1951 hingga 2015.
Jins mempunyai 3 orang anak, Mohamad Jefri hasil perkahwinan dengan seniwati Rahmah Rahmat, dan Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim hasil perkahwinan dengan Puan Sri Halijah Abdullah.
Jins disahkan menghidap Alzheimer pada Februari 2011. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top