pahangdaily pahangdaily Author
Title: Asyraf Wajdi: Kerajaan BN Barisan Nasional Belum Menolak RUU 355 !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menjelaskan kerajaan tetap menyokong usaha...
PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menjelaskan kerajaan tetap menyokong usaha memperkasakan undang-undang syariah, dan menolak anggapan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyokong rang undang-undang (RUU) persendirian yang dibentangkan PAS.
“Kerajaan tetap istiqomah dalam usaha memartabatkan institusi mahkamah syariah sejak Akta 355 diperkenalkan kerajaan pada tahun 1965 sebelum dipinda buat kali pertama pada 1984 dan kali kedua 1989,” kata Asyraf, yang merupakan antara anggota Kabinet yang menyokong kuat usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN mengumumkan kerajaan tidak akan mengambil alih RUU itu untuk dibentangkan di Dewan Rakyat, seperti mana diumumkan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi 2 minggu sebelumnya.
Najib berkata pendirian itu selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.
Keputusan itu bermakna RUU itu akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker untuk menentukan sama ada ia boleh dibentangkan.
RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan pada November lalu, ahli Parlimen Marang itu meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.
Selain Asyraf, ia turut menerima sokongan beberapa pemimpin Umno, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir bulan lalu pada perhimpunan dianjurkan PAS bagi menyatakan sokongan terhadap usul itu.
Asyraf berkata ramai keliru dan membuat andaian “seolah-olah RUU 355 ditolak kerajaan”.
Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kira semua faktor termasuk memastikan RUU tidak menjadi polemik di kalangan rakyat pelbagai agama.
“Justeru tidak timbul kerajaan menolak Akta 355 ini kerana akta ini adalah milik kerajaan. Cuma yang membezakan adalah dicadangkan untuk dipinda oleh PAS sebagai usul persendirian,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top