pahangdaily pahangdaily Author
Title: Audit Akaun FAM Antara Langkah "Drastik" Yang Di Umumkan TMJ !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari...
PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang disahkan sebagai presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pelan jangka pendek yang drastik bagi mengubah hala tuju badan induk itu.
Antara inisiatif pelan jangka pendek termasuklah melaksanakan semak dan audit akaun FAM, mengurangkan pembaziran, menukar falsafah permainan dalam pasukan kebangsaan dan meningkatkan prestasi pasukan.
Laporan Bernama menyebut baginda juga mengumumkan bekas jurulatih skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez menggantikan Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaysia.
Bagaimanapun, Kim Swee diberi tanggungjawab mengendalikan skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan penyingkiran jurulatih B-23, Frank Bernhardt daripada pelan pembangunan bola sepak di bawah presiden baharu FAM.
Ia antara beberapa tindakan segera diperkenalkan oleh Tunku Ismail.
Tunku Ismail disahkan sebagai presiden FAM bagi penggal 2017-2021 hari ini.
FAM mengadakan Kongres ke-53 FAM hari ini.
Tunku Ismail berkata baginda mahu mengurangkan pembaziran yang ada dalam FAM kerana tidak suka dengan amalan berkenaan.
“Antara langkah tersebut ialah mengurangkan tenaga kerja yang tidak efektif di persatuan itu sendiri.
“Saya memerlukan pekerja yang boleh memberi sumbangan dan mencadangkan idea-idea yang bernas kepada saya,” katanya pada sidang media selepas Kongres FAM ke-53, di sini hari ini.
Pada masa sama, TMJ juga mahu meningkatkan kualiti pengadil dalam Liga Malaysia dengan mendapatkan bantuan serta pendedahan dari luar negara.
“Jika mahu meningkatkan mutu liga, kita bukan hanya memerlukan peningkatan teknologi tetapi juga perlukan kepakaran luar,” katanya.
Kongres FAM hari ini membawa perubahan dengan majoriti muka baharu yang dipilih untuk meningkatkan imej bola sepak negara yang diketuai TMJ dan 2 timbalannya, Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Mohd Yusoff Mahadi.
Mengulas lanjut, Tunku Ismail bertitah, Gomez akan diberi kepercayaan dan kebebasan sepenuhnya dalam membentuk pasukan kebangsaan termasuk memilih pembantunya sendiri.
Namun, katanya, pemantauan rapi tetap akan dilakukan dan sekiranya tiada sebarang tanda peningkatan dalam tempoh yang ditetapkan, maka kedudukan Gomez itu akan digantikan dengan jurulatih lain.
Dalam pada itu, Tunku Ismail menjelaskan, penyingkiran Bernhardt itu adalah disebabkan perbezaaan ideologi dan cara bekerja yang dibawa oleh pengendali kelahiran Jerman itu.
“Saya tidak boleh bekerja dengan beliau kerana kami mempunyai pandangan dan cara bekerja yang sangat berbeza,” kata baginda. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top