pahangdaily pahangdaily Author
Title: Azmin: Putrajaya Jangan Mengikut Emosi, "Jelaskan" Situasi Sebenar !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan diminta memberikan penjelasan situasi sebenar dihadapi Malaysia dan Korea Utara ekoran situasi yang s...

SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan diminta memberikan penjelasan situasi sebenar dihadapi Malaysia dan Korea Utara ekoran situasi yang semakin tegang ketika ini.
Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perancangan teliti juga perlu dibuat bagi memastikan warganegara Malaysia berada di sana dibawa pulang dengan selamat.
“Putrajaya perlu bertanggungjawab memberi penjelasan khususnya kepada ahli-ahli parlimen, kita ingin tahu apakah sebenarnya yang berlaku dan mengapa tindakan diambil tanpa perancangan lebih teratur.
“Harap penjelasan dapat diberikan dalam tempoh terdekat dan kita harus memastikan semua usaha mesti diambil untuk membawa balik warganegara Malaysia yang kini berada di sana,” katanya ketika ditemui, di sini.
Dato’ Menteri Besar itu juga berkata, Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mengambil tindakan beremosi yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia.
Katanya, perancangan juga perlu diteliti bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.
“Sekarang keadaan makin tegang. Sudah tentu keutamaan kita memastikan bawa pulang warganegara kita di Korea Utara. Kaedahnya hendaklah dirancang dan disusun dengan betul.
“Kita tidak mahu Putrajaya mengambil tindakan secara beremosi yang akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya.
Beliau berkata langkah diplomatik sepatutnya diambil kira lebih awal sebelum keadaan tegang seperti kini. #sumber


Promosi Iklan Murah Serendah RM1.00 Kini Di Buka. Pasarkan Produk Anda Menerusi Iklan Berbaris (Di Bawah Artikel) Di PDO Skrg. Ruangan Terhad. Berminat?, Sila WhatsApp IKLAN Ke 010-8672810 Skrg. Tempoh Minima 30 Hari. Harap Maklum

Advertisement

Post a Comment

 
Top