pahangdaily pahangdaily Author
Title: Banjir Di Rompin Kembali Buruk, Mangsa Di Pindah Meningkat 125 Orang
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN:  Banjir di Rompin kembali buruk malam Jumaat apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 ke...

KUANTAN: Banjir di Rompin kembali buruk malam Jumaat apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 keluarga berbanding 99 orang daripada 28 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka petang ini iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, selepas Balai Raya Kampung Setajam yang mula beroperasi sejak Khamis.

"Di Kampung Setajam, jumlah mangsa kekal 99 orang daripada 28 keluarga manakala di Kampung Rekoh, seramai 26 mangsa daripada enam keluarga kini ditempatkan di balai raya di situ," katanya.

Bagaimanapun, Zainal mengesahkan setakat ini tiada jalan di Rompin yang ditutup akibat banjir. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top