pahangdaily pahangdaily Author
Title: Banjir Di Rompin Tak Berubah, 27 Mangsa "Masih Berada" Di Pusat Pemindahan
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUANTAN: Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Rekoh pagi ini berikutan keadaan banjir di kediaman...
KUANTAN: Seramai 27 mangsa banjir di Rompin masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Rekoh pagi ini berikutan keadaan banjir di kediaman mereka belum pulih.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkata hanya pusat pemindahan sementara di balai raya itu yang masih beroperasi dengan menempatkan enam keluarga.
“Mangsa melibatkan lapan lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, 10 kanak-kanak serta masing-masing seorang bayi dan warga emas,” katanya dipetik Bernama.
Semalam, pusat pemindahan sementara di Balai Raya Kampung Setajam ditutup dan 118 mangsa daripada 33 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu dibenarkan pulang.
Dalam pada itu, jumlah banjir di daerah Segamat kekal 126 orang daripada 26 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kesemua mangsa ditempatkan di lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Lima PPS tersebut adalah Balai Raya Pogoh Tengah, Kompleks Penghulu Mukim Pogoh, Sekolah Agama Mukim Jabi, Balai Raya Batu Badak dan Sekolah Kebangsaan Spang Loi.
Selain itu, laluan Felda Redong ke Felda Selancar dalam daerah itu masih ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan tanah runtuh akibat hujan lebat.
“Banjir berlaku disebabkan hujan lebat yang berlarutan sejak 2 Mac lepas menyebabkan air Sungai Segamat dan Sungai Buloh Kasap tiba-tiba naik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top