Bapa Penyanyi Lagu 'Kawan' Ruhil Amani, Pak Hussein Ali Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Ruhil Amani, Hussein Ali, 66, meninggal dunia di Hospital Putrajaya, 10.48 malam tadi akibat jangkitan kuman.
Allahyarham yang mengalami masalah jantung dan kencing manis dimasukkan ke hospital berkenaan sejak enam minggu lalu kerana demam.
Ruhil yang juga anak keduanya berkata, keadaan kesihatan bapanya semakin merosot dan mula kritikal, 8.00 malam tadi.

"Ayah pergi dalam keadaan tenang di hadapan ibu, Hasnah Hassan dan menantunya, Gibran Agi," katanya.
Ruhil berkata, jenazah bapanya disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat pagi ini.
Allahyarham yang pernah mengasaskan syarikat rakaman Matahati Records bersama Datuk M Nasir, mempunyai tiga anak iaitu Shaiful Asnawi, Ruhil Shafinaz dan Ruhil Amani serta tujuh cucu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]