pahangdaily pahangdaily Author
Title: BN 'Tak Jadi' Bawa RUU 355, Bukti Petanda Najib Dan Zahid Bergolak !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Selangor menganggap keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak mengambil alih rang undang-undang (R...
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS Selangor menganggap keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak mengambil alih rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 menunjukkan pergolakan dalaman di antara 2 pemimpin tertinggi Umno.
Malah, pengarah penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Ahmad Hakimi Othman, berkata ia menunjukkan Umno tidak yakin dengan sokongannya menjelang pilihan raya ke-14.
“Keputusan terbaru tentang RUU 355, menunjukkan Umno sendiri berada dalam ragu-ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN,” katanya.
Ahmad Hakimi berkata keputusan yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi juga menunjukkan perpecahan di dalam Umno, dan membayangkan “proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib”.
Beliau merujuk kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, seperti dilaporkan 2 minggu lalu.
“Dua minggu lepas, TPM mengumumkan kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba-tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya?” katanya dalam kenyataan semalam.
“Apa yang terjadi pada Umno BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM, atau BN akan bergolak lagi.”
Zahid pada Mac 18 dilaporkan berkata BN akan membentangkan sendiri RUU 355 di sidang Dewan Rakyat kali ini demi memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa.
“Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu. Biarlah kita kehilangan segelintir ‘kawan’ kita, tapi kita akan dapat ‘kawan baru’ yang kumpulannya lebih besar bersama kita,” kata Zahid dipetik Utusan Malaysia.
Bagaimanapun, semalam, Najib berkata kerajaan tidak akan membentangkan RUU yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu selaras dengan amalan konsensus gabungan itu.
“Rang undang-undang ini akan terus menjadi bil persendirian, dan terserah kepada Speaker (Dewan Rakyat) untuk menentukan,” kata Najib yang juga pengerusi BN.
“Kalau Speaker memutuskan ia dibentangkan, maka ia akan dibentangkan. Speaker juga akan memutuskan peraturan berhubung RUU tersebut.”
‘Khadam bukan Islam’
RUU 355 pertama kali dibentangkan Hadi pada Mei 2016, dan pada November lalu, ahli Parlimen Marang itu meminda usul tersebut dengan mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda kepada maksima RM100,000 dan hukuman sebat kepada maksima 100 kali.
RUU berkenaan menerima sokongan beberapa pemimpin Umno sebelum ini, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hadir bulan lalu pada perhimpunan dianjurkan PAS bagi menyatakan sokongan terhadap usul itu.
Ahmad Hakimi berkata PAS tidak akan menyerah kalah dalam usahanya memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah.
“Hanya yang ikhlas berjuang, mampu terus mengangkat usaha usul ini. Maka, ia kembali kepada PAS untuk terus mengarusperdanakan melalui usul persendirian.
“Parti-parti lain hanya akan mengejek atau menentang, kerana agenda mereka bukan bertujuan memartabatkan Islam.
“Adapun yang nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam yang tak akan menjaga kepentingan Islam,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top