Cubaan Sumbat "Lembu Curi", Di Dalam Kereta Toyota Vios Gagal !

KUANTAN: Cubaan 3 lelaki mencuri seekor lembu di Kampung Pantai Sepat di sini gagal, selepas tindakan mereka cuba memuatkan lembu itu ke dalam kereta Toyota Vios disedari seorang penduduk pagi tadi.
Saksi, Mohd Amirul Azahar, 24, berkata beliau menyedari kejadian itu sekitar 6.30 pagi, semasa dalam perjalanan ke Kampung Cempaka untuk menangkap ikan.
“Tiga lelaki itu kemudiannya melarikan diri ke dalam belukar berhampiran, apabila menyedari kehadiran saya.
“Saya kemudiannya memanggil penduduk kampung dan kami berpecah untuk mencari mereka, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada pemberita.
Amirul berkata, penduduk kampung percaya lembu itu diberi ubat pelali bagi melemahkannya kerana terdapat ubat berkenaan dalam kereta tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh semasa dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata polis sedang mengesan pemilik kenderaan itu.
“Bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima laporan polis daripada pemilik lembu itu,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]