pahangdaily pahangdaily Author
Title: DAP Mendakwa Persempadanan Semula, 'Jejas Kerusi' Muhyiddin !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP, Ong Kian Ming mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi melanggar peraturan pada pusingan te...
PETALING JAYA: Wakil rakyat DAP, Ong Kian Ming mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi melanggar peraturan pada pusingan terbaru paparan awam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Pada 9 Mac lalu, pengarah strategi pilihan raya DAP itu berkata, pusingan ke-2 paparan awam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya 2016 tidak berperlembagaan kerana ia mengecualikan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.
Kini, katanya, wujud percanggahan dalam senarai daerah mengundi di DUN bawah Parlimen Pagoh yang disandang Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Melihat kepada cadangan pertama persempadanan semula yang mula diterbitkan pada 15 September 2016 (Syor 1) dan cadangan persempadanan semula ke-2 yang diterbitkan pada 8 Mac 2017 (Syor 2), saya dapat mengenal pasti daerah mengundi yang dimasukkan ke Syor 1, tetapi dikecualikan dalam Syor 2,” katanya.
Beliau memberi contoh daerah mengundi Kampong Teratai dengan 876 pengundi yang disenaraikan di kawasan DUN N9 Gambir, di bawah P144 Ledang, di Johor.
“Kampong Teratai adalah sebuah daripada banyak daerah mengundi yang dikeluarkan daripada kerusi Parlimen P143 Pagoh dan dipindahkan ke kerusi Parlimen P144 Ledang.
“Yang menghairankan, dalam Syor 2, daerah mengundi Kampong Teratai hilang. Ini penting kerana jika 876 pengundi di Kampong Teratai tidak tahu mereka diletakkan di kerusi DUN dan Parlimen mana, mereka tidak boleh membantah persempadanan semula yang ditunjukkan dalam Syor 2,” katanya.
Ahli Parlimen Serdang itu berkata, beliau turut menemui kesilapan lain, termasuk daerah mengundi baru ditambah dalam Syor 2, tetapi tidak disebut dalam Syor 1.
“Walaupun SPR berhak menambah pusat mengundi baru, ia perlu dilakukan di bawah Seksyen 7 (2) Akta Pilihan Raya 1958. SPR mengatur semula dan menambah pusat mengundi baru pada 29 April 2016 di bawah peruntukan ini dalam Akta Pilihan Raya 1958.
“Ia tidak boleh menambah daerah mengundi baru antara Syor 1 dan Syor 2 persempadanan semula. Tetapi, ini yang dilakukan SPR apabila mereka menambah Taman Rimba ke kawasan DUN N30 Mentakab (P88 Temerloh) dalam Syor 2,” katanya.
Ong berkata, seperti contoh terdahulu, penambahan daerah mengundi baru memberi kesan kepada keupayaan pengundi membuat bantahan terhadap persempadanan semula seperti yang ditunjukkan dalam Syor 2 kerana pengundi mungkin tidak tahu mereka diletakkan di pusat mengundi baru selepas melihat Syor 1.
Sehubungan itu, beliau menggesa SPR “segera menjawab” 2 tuduhan itu dan sebarang “kegagalan berbuat demikian akan memberi kesan terhadap keperlembagaan dan kesahihan seluruh prosedur kajian persempadanan semula bagi Negeri-negeri Tanah Melayu”. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top