pahangdaily pahangdaily Author
Title: Lee Chong Wei Rangkul Kejuaraan All England Untuk "Kali Keempat" !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA:  Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keempat Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Are...

PETALING JAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merangkul gelaran keempat Kejohanan Badminton All England di Barclaycard Arena, Birmingham, Ahad.

Pemain No.1 dunia itu hanya mengambil masa 45 minit untuk menyingkirkan pemain China, Shi Yuqi  selepas bermula baik pada set pertama dengan keputusan 21-12.

Pada set kedua, Chong Wei meneruskan rentak konsisten dengan menundukkan Yuqi 21-10 sekaligus merangkul gelaran pertamanya tahun ini.

Menurut Chong Wei selepas perlawanan, beliau akan terus mempertahankan gelaran ini pada tahun hadapan.

"All England antara kejohanan kegemaran saya dan akan turut bertanding pada aksi Kejuaraan Dunia di Glasgow (Ogos) nanti.

"Terima kasih kepada peminat-peminat yang terus menyokong saya". 

Sebagai rekod, Chong Wei meraih turut merangkul juara All England  pada tahun 2010, 2011 dan 2014. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top