pahangdaily pahangdaily Author
Title: Denda 'RM3,000', Tian Chua Bakal Berdepan Hilang Kelayakan Wakil Rakyat
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang hari ini dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghina ...
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang hari ini dikenakan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan menghina seorang pegawai polis menggunakan kata-kata kesat, 3 tahun lalu.
Hakim Yasmin Abdul Razak memutuskan pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah.
“Jika tertuduh gagal membayar, dia perlu menjalani hukuman penjara 3 bulan,” katanya.
Tian Chua mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengaibkan pegawai polis, Glenn A Sinappah, pada 12 Ogos 2014 di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda atau kedua-duanya..
Kesalahan itu dilakukan di pintu masuk utama Hotel Armada pada 7.45 malam pada 14 April, 2014.
Dalam respon segera, peguamnya Latheefa Koya berkata rayuan akan difailkan.
“Beliau tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum akan datang kecuali jika dapat mengurangkan denda dalam rayuan itu,” katanya.
Beliau menambah, Tian Chua boleh mengekalkan kerusi Batu beliau buat masa ini sementara menunggu rayuannya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top