pahangdaily pahangdaily Author
Title: Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: PAS mengakui perjuangan mereka selaras dengan apa yang dilakukan jemaah tabligh dalam melahirkan ahli dan pemimpin yang ...
PETALING JAYA: PAS mengakui perjuangan mereka selaras dengan apa yang dilakukan jemaah tabligh dalam melahirkan ahli dan pemimpin yang bersih, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu berkata, pendekatan Islam yang dibawa PAS dapat menghindari pemimpin daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti mengunjungi kelab malam dan kaki perempuan.
“Dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh jamaah tabligh.
“PAS memang mementingkan usaha seperti itu supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain,” kata beliau kepada FMT.
Zuhdi berkata demikian susulan pandangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang menyifatkan PAS umpama jemaah tabligh kerana tidak berminat memenangi pilihan raya.
Katanya, Zairil sepatutnya mencontohi perjuangan yang dibawa PAS dan jemaah tabligh sekali gus dapat melahirkan pemimpin yang berakhlak tinggi.
“Pemimpin yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta jamaah tabligh.
“Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinis seperti yang dilahirkan oleh DAP,” katanya.
Semalam, Zairil dalam penulisannya mempersoalkan haluan perjuangan PAS yang kini lebih mementingkan perjuangan agama berbanding meraih sokongan politik dan menuduh PAS lari daripada perjuangan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.
Zuhdi pada masa sama turut mengingatkan Zairil supaya tidak memandang rendah kepada jemaah tabligh kerana kumpulan itu mampu menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
“Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGO Islam yang lain, jika digembleng akan mewujudkan tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut,” katanya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Boley Jalan said... Sunday, March 12, 2017 11:58:00 AM

Kalau bukan kaki kelab malam, kaki membalak kot? Tidak pun kaki melombong. Wallahu Aqlam....konfim paih dah ada banyak barua dan broker.....he he he.

Hj Haudi said... Sunday, March 12, 2017 12:55:00 PM

bukan ke pas melahirkan org islam yg ala khawarij isis, syiah, maki hamun, fitnah, samseng dan jumud serta perkauman sempit guna agama.

itulah yg rakyat Nampak pada pas sekarang. rakyat boleh nilai, maka kata2 zuhdi tkde maknanya. klu takat nk bagitau org kat Zimbabwe mungkin depa boleh percaya.

hampir semua yg menolak pas sekarang adalah asalnya penyokong pas. mereka ini memerhati mengikuti setiap perkembangan dan membuat perbandingan pas dulu dan sekarang.

kata2 zuhdi sama mcm umnu yg sentiasa mendakwa membela melayu tapi mengkhianat melayu pada tahap gila. begitulah pas yg mendakwa islam tp mengkhianat nilai2 mulia islam pada tahap gila.

seolah2 pas sama mcm umnu yg menganggap rakyat bodoh dan buta hati.

Hj Haudi said... Sunday, March 12, 2017 1:03:00 PM

setakat sorang dua pemimpin kecil pembangkang pegi kelab malam, ia tidak menjejaskan org lain. ia aktiviti individu yg ditanggung sendiri. ia juga satu perbuatan yg jelas yg patut dielakkan. dan dia tidak menggunakan agama utk menghalalkan aktiviti tersebut. maka tidak ada sesiapa yg akan sesat dgn perbuatannya itu.

tp menggunakan topeng agama tapi membawa fikrah sesat jumud assobiyah khawarij rasuah ala islam..balak ala islam.. mengkafirkan org lain .. ini semua jenayah yg besar dalam islam dan dgn topeng agama maka ramai yg mengikut sesat bersama tp merasa sgt betul.

selepas ini pas akan membuat 'pembersihan' kedua terhadap penyokong dan pemimpin yg 'harum manis'. yg bukan ustaz atau ulamak eloklah keluar pas kerana anda adalah secular liberal munafik barua dan pilkuda.

pas akan menjadi jamban hanya melonggok golongan serban jubah yg jumud dungu assobiyah keras kepala kasar dan tidak peduli rakyat.

tak payah nk jual agama dgn imej luaran. rakyat bukan bodoh malah dh meluat dgn golongan yg hanya tau ceramah dan takbir kuat2. tp membela kezaliman dan rasuah tahap mega.

maksiat bagi pas hanyalah keluar join amanah dan khlawat yg perlu ditambah hukuman. adapun rasuah penipuan dan maki hamun bukan maksiat bg pas.

Anonymous said... Sunday, March 12, 2017 2:51:00 PM

Aku harap harap lah dlm muktamar Pah kali ni Ularmak akan istiharkan yang Pah akan bertukar jadi Pertubuhan Agama gantikan Al-Arqam.baru blh jadi Punahsihat Bapak Rasuah NajibTuya.

Anonymous said... Sunday, March 12, 2017 3:06:00 PM

Masa video mustafa Ali dulu tak nak pulak dia komen betul ke tak betul...

 
Top