pahangdaily pahangdaily Author
Title: Fahmi: Keadilan Bincang Tindakan Tidak Berperlembagaan, Oleh SPR
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengkaji langkah perlu diambil terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruska...

SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengkaji langkah perlu diambil terhadap tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meneruskan syor persempadanan semula bagi negeri-negeri di Semenanjung kecuali Selangor.
Pengarah Biro Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana SPR sepatutnya menunggu perbicaraan bantahan Kerajaan Selangor terhadap syor persempadanan semula oleh SPR di mahkamah selesai sebelum boleh meneruskan proses seterusnya.
“Biro Politik membincangkan perkara ini bagi menentukan langkah seterusnya terhadap SPR. Kami akan maklumkan perkembangannya nanti,” kata Fahmi ketika dihubungi SelangorKini di sini.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur membenarkan permohonan bantahan Kerajaan Selangor terhadap usaha SPR mengadakan persempadanan semula di negeri itu.
Menurut Perkara 113 (6) Perlembagaan Persekutuan, persempadanan semula yang mahu dijalankan SPR hendaklah melibatkan semua negeri di Tanah Melayu termasuk Selangor.
Keadaan itu menyebabkan SPR sepatutnya perlu menanti keputusan perbicaraan itu diselesaikan di mahkamah.
Bagaimanapun SPR baru-baru ini menerbitkan notis untuk mengumumkan paparan pusingan kedua merupakan tindakan tidak berpelembagaan. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top