pahangdaily pahangdaily Author
Title: Felda Bantah "Konvensyen Felda" Anjuran Pakatan Harapan 19 Mac Ini
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyuarakan bantahan dan menegaskan bahawa organisasi itu sama sekali tidak ter...
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menyuarakan bantahan dan menegaskan bahawa organisasi itu sama sekali tidak terlibat dengan penganjuran ‘Konvensyen Felda” oleh Pakatan Harapan pada Sabtu depan.
Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada dalam kenyataan hari ini berkata organisasi itu juga tidak pernah memberi sebarang kebenaran untuk menggunakan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut.
“Kebelakangan ini terdapat pihak yang berusaha untuk mengganggu-gugat kesejahteraan dan keharmonian masyarakat peneroka. Yang terbaru, Pakatan Harapan dijadual mengadakan ‘Konvensyen Felda, Kelangsungan Felda Melalui Pengupayaan dan Pendidikan’ di Shah Alam pada 19 Mac ini.
“Penggunaan nama Felda sebagai tajuk konvensyen tersebut akan mengelirukan peneroka dan masyarakat awam amnya,” katanya.
Beliau berkata Felda memandang berat perkara ini kerana kemungkinan terdapat pembentangan yang tidak tepat dan dikhuatiri akan mengganggu-gugat keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di rancangan-rancangan Felda.
Menurut kenyataan itu, sejak ditubuhkan pada 1956, Felda tidak pernah lari daripada objektif utamanya bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat peneroka di 317 rancangan di seluruh negara. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top